Assalamualaikum wbt.
& Salam Sejahtera,
Negara kita, Malaysia kini amat bertenaga
dengan penuh semangat, melonjak ke hadapan dalam usaha
mencapai status Negara Perindustrian. Malaysia pada
dasarnya mempunyai wawasan, punca-punca ekonomi, kebolehan
dan kemahiran saintifik; dan political will dalam menggerakkan
negara ke mercu ketinggian dan membanggakan. Sebagai
warganegara Malaysia, rakyat sewajarnya mempunyai keyakinan
bahawa impian ini akan menjadi suatu realiti dalam jangkamasa
tersekat ini.
Sesungguhnya dengan tenaga, semangat
dan kecekalan yang ada, kami di Kolej Pengurusan Astin
(KPA) sedang melangkah ke hadapan dalam bidang pendidikan;
dengan penuh kesedaran betapa pentingnya peranan pendidikan
dalam pembinaan tamadun manusia dan seterusnya pembinaan
negara bangsa. Sebagai sebuah daripada beberapa institusi
pendidikan, kami di KPA mempunyai kepercayaan dan keyakinan
sepenuhnya bahawa kegemilangan masa depan negara bangsa
Malaysia mempunyai hubungkait erat dan sukar dimengerti,
dengan kualiti dan tahap kemajuan pendidikan anak bangsanya.
KPA mempunyai komitmen mendalam bagi
memenuhi aspirasi pendidikan generasi muda dan penduduk
negara ini yang sedang berkembang pesat. Sebagai tindakbalas
kepada langkah kerajaan meliberalisasikan peluang-peluang
pendidikan di negara ini, terutamanya tahap pasca menengah
dan tinggi, misi kami di KPA adalah sebagai wadah kepada
permintaan yang kian meningkat. Sebagai sebuah IPTS,
KPA menawarkan program diploma dan juga ijazah dalam
pelbagai bidang yang amat relevan dengan keperluan masakini
dan masa hadapan mereka yang bakal meninggalkan bangku
sekolah.
Sejajar dengan program kerjasama pendidikan
IPTA-IPTS yang diperkenalkan oleh kerajaan, KPA kini
sedang mengendalikan program diploma dan ijazah dengan
universiti tempatan iaitu USM. Dengan adanya kelulusan
Lembaga Akreditasi Negara (LAN), keutuhan, keunggulan
dan keterjaminan kualiti dapat dipertanggungjawabkan.
Kami menyediakan kemudahan secukupnya kepada bakal pelajar
di samping staf pentadbiran dan akademik yang berkelayakan,
berpengalaman dan prihatin.
KPA ditubuhkan pada Januari 1997 dan
kumpulan pertama siswazah seramai 19 orang telah menerima
ijazah mereka daripada Naib Canselor USM sempena konvokesyen
USM pada Ogos 2001 lalu. Walaupun ketika itu KPA masih
muda, kami mempunyai komitmen tinggi terhadap kecemerlangan
pendidikan. Kami mempunyai keyakinan kental bahawa di
KPA kami mempunyai kedua-dua elemen iaitu dedikasi dan
kemampuan bagi melahirkan pelajar berkualiti untuk masa
hadapan yang mempunyai kemantapan dari segi pengetahuan
dan kemahiran dalam menghadapi cabaran masa kini dan
masa hadapan. Sebagai sebuah institusi pendidikan, KPA
mempunyai tanggungjawab terhadap kedua-dua domain cognitive
dan affective serta pembangunan pendidikan setiap individu
yang melalui proses dan pengalaman pendidikan yang kami
tawarkan.
ENCIK WAN MOHAMMED BIN HJ ABDULLAH
PENGARAH URUSAN / PRESIDEN
|